Maklumat di bawah adalah berkaitan jawatan kosong yang ada. Calon yang mempunyai kelayakan dan menepati syarat yang dikehendaki boleh memohon jawatan seperti di bawah:

Nama Majikan: Kementerian Kesihatan Malaysia

Lokasi Kerja: Seluruh Malaysia

Tarikh Tutup: 31 Mac 2019 (Ahad) jam 11:59 malam

Info berkaitan jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

1. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 – 30 Kekosongan

2. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (PERTUTURAN) GRED U41 – 35 Kekosongan

3. JURUTERA GRED J41 (MEKANIKAL) – 16 Kekosongan

4. JURUTERA GRED J41 (ELEKTRIK) – 12 Kekosongan

5. JURUTERA GRED J41 (AWAM) – 48 Kekosongan


KELULUSAN MINIMUM: DIPLOMA (KUMPULAN PELAKSANA)

1. PENOLONG JURUTERA GRED J29 (AWAM) – 27 Kekosongan

2. PENOLONG JURUTERA GRED J29 (ELEKTRIK) – 9 Kekosongan

3. PENOLONG JURUTERA GRED J29 (MEKANIKAL) – 9 Kekosongan

4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (STOR) – 56 Kekosongan

5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (REKOD PERUBATAN) – 85 Kekosongan

 

COMPANY OVERVIEW

Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.

Pada tahun 1880, Hospital Taiping iaitu antara hospital tertua di negara ini dibina dan dikenali sebagai Hospital Yeng Wah. Hospital Taiping turut mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen. Selain penubuhan hospital, tren penyakit berjangkit seperti malaria dan beri-beri, yang kerap berlaku mendorong kepada penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada tahun 1900. Kewujudan IMR adalah bertujuan untuk membuat kajian mengenai penyebab penyakit berjangkit ini dan kaedah untuk mengawal jangkitan terutama penyakit tropika.

CARA MEMOHON

Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *