Maklumat di bawah adalah berkaitan jawatan kosong yang ada. Calon yang mempunyai kelayakan dan menepati syarat yang dikehendaki boleh memohon jawatan seperti di bawah:

Nama Majikan: Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

Lokasi Kerja: Kuala Terengganu

Tarikh Tutup: 07 Mac 2019 (Khamis)

Info berkaitan jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
2. JURUUKUR BAHAN GRED J41
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
5. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

SEJARAH PMINT

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah diperbadankan pada 1 April 1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Terengganu Bil.3/1965. Tujuan utama penubuhan adalah untuk menjadikan agensi utama negeri bagi melaksana dan mempercepatkan pembangunan dan kemajuan
sosio-ekonomi di Negeri Terengganu.

Dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971, PMINT turut mendukung matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Begitu juga apabila Dasar Pembangunan Nasional 1991-2000 (DPN) yang bermula pada tahun 1991, PMINT turut melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan dasar tersebut.

Dalam suasana sejarah dan latar belakang sosio-ekonomi Negeri Terengganu yang lemah, penglibatan sektor swasta yang rendah serta kekurangan kemudahan asas dan infrastruktur maka peranan PMINT adalah penting dalam meningkatkan dan mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi. Selaras dengan peranan tersebut maka PMINT telah melibatkan diri dalam aktiviti yang meliputi spektrum yang sangat luas meliputi hampir ke semua sektor ekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti PMINT dijalankan melalui dua cara iaitu secara langsung dan melalui anak syarikat.

CARA MEMOHON

Sila rujuk iklan selanjutnya melalui link yang admin sediakan di bawah. Selamat maju jaya.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *