Maklumat di bawah adalah berkaitan jawatan kosong yang ada. Calon yang mempunyai kelayakan dan menepati syarat yang dikehendaki boleh memohon jawatan seperti di bawah:

Nama Majikan: UiTM (Terengganu)

Lokasi Kerja: Terengganu

Tarikh Tutup: 12 November 2018 (Isnin)

Info berkaitan jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • 1. PEGAWAI EKSEKUTIF N29
  • 2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29

SEJARAH – UiTM (Terengganu)

Tanggal 1 Julai 1975 merupakan sejarah yang menyaksikan penubuhan UiTM Kampus Dungun di Sura Gate, Dungun, Terengganu. Kampus Sementara ini mempunyai keluasan seluas 17 ekar yang merupakan peninggalan sebuah Syarikat Bijih Besi yang disewa daripada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).

Pada masa itu terdapat 22 bangunan kayu yang digunakan sebagai bangunan pentadbiran, bilik-bilik kuliah, perpustakaan dan asrama siswi. Sementara beberapa bangunan seperti di Union Club, Sungai Udang dan Sungai Buaya dijadikan asrama siswa.

Pengubahsuaian bangunan-bangunan dan pembinaan bangunan tambahan di Sura Gate juga dilakukan bagi menampung keperluan pelajar dan staf pada masa itu. Pengubahsuaian tersebut merangkumi 5 buah bangunan lama dijadikan bilik-bilik kuliah, rumah Residen Staf dan surau serta 2 buah stor lama dijadikan Dewan Makan dan 2 blok makmal serta pusat rekreasi pelajar

CARA MEMOHON

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *