Maklumat di bawah adalah berkaitan jawatan kosong yang ada. Calon yang mempunyai kelayakan dan menepati syarat yang dikehendaki boleh memohon jawatan seperti di bawah:

Nama Majikan: Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)

Lokasi Kerja: Kuala Lumpur

Tarikh Tutup: 15 Mei 2019 (Rabu)

Info berkaitan jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 (KONTRAK)

Syarat Lantikan:

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan

Keutamaan kepada calon yang mahir dalam penggunaan komputer

Gaji permulaan akan diasaskan kepada pengalaman dalam Gred dalam N19

Deskripsi Tugas:

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas yang berkenaan seperti penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan

Calon-calon yang berminat boleh menghantar Biodata (resume) ke alamat berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Rumah B-P, Jalan Hang Jebat
50150 Kuala Lumpur
Tel : 03-2078 0836, 2070 6978, 2072 0152
Faks : 03-2070 9057
Email : [email protected]

COMPANY OVERVIEW

Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para beliawan dan beliawanis. Ia sebahagian daripada pertubuhan kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World Organization of the Scout Movement. Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen.

CARA MEMOHON

*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui poster yang admin sediakan di bawah.

Sumber Kekosongan Jawatan Kosong

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *