Maklumat di bawah adalah berkaitan jawatan kosong yang ada. Calon yang mempunyai kelayakan dan menepati syarat yang dikehendaki boleh memohon jawatan seperti di bawah:

Nama Majikan: Perbadanan Aset Keretapi

Lokasi Kerja: Selangor

Tarikh Tutup: November 2018

Info berkaitan jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • 1. PEGAWAI TADBIR N41

Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dalam erti kata lain, RAC diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri perkeretapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretapian di negara-negara maju. Hasrat ini dilaksanakan melalui penggubalan Akta Keretapi 1991 dan pemansuhan Ordinan Keretapi 1948.

Melalui penggubalan akta tersebut, segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC, manakala operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.

CARA MEMOHON

Pemohon yang berminat hendaklah menggunakan borang RAC/BPJ/1/2018 yang boleh didapati di laman sesawang (website) http://www.rac.gov.my atau di pejabat seperti alamat di bawah:

Pengurus Besar
Perbadanan Aset Keretapi
Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Pentadbiran
No. 29G, Aras Bawah, Blok B, Jalan TKS 1
Kajang Sentral Business Park
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Muatturun Borang Permohonan

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *